Jumaat, 25 Mei 2012


AL HABBATUL AL SAUDA’


KHASIAT & PENGGUNAANNYA
(Ringkasan daripada Kitab Al-Habbatul Al-Sawda' menurut Hadith)



SUKATAN
1/2 sudu teh (ditumbuk hancur), dua (2) kali sehari selepas makan

PERINGATAN
ia hendaklah dimakan segera setelah dihancurkan bagi mengelakkan khasiatnya daripada hilang

LELAH & SESAK NAFAS
Sebaik-baiknya dimakan dengan madu lebah (hutan) asli. Bagi pesakit lelah yang agak kronik (series) disyorkan makan tiga (3) kali sehari. Penggunaan minyak Al Habbatul Al-Sawda' adalah lebih berkesan daripada bijinya dan cara menggunakannya ialah dengan meminum 1/2 sudu teh tiga (3) kali sehari serta disapu (urut) dibahagian luar.

PENYAKIT KULIT
Seperti BISUL, KUDIS, BENGKAK, PANAU, KURAP dan lain-lain. Ia hendaklah dicampur dengan cuka makan. Kemudian sapu atau gosok di tempat berkenaan. Kesan pada awalnya agak pedih. Untuk kanak-kanak adalah disyorkan supaya dicampurkan juga dengan minyak zaitun untuk mengelakkan daripada kesan pedih daripada tindakbalas Al Habbatul Al Sawda' dengan cuka makan.

SAKIT KEPALA
Letakkan dalam perca kain bersih lalu diikat di kepala atau direndam dalam cuka makan semalaman. Esoknya digiling lalu diberikan kepada orang yang menderita sakit kepala dengan memasukkan ke dalam hidungnya. Insya-Allah akan sembuh sakit kepalanya disamping menyembuhkan penyakit-penyakit muka.

SELSEMA
Tumbuk dan letakkan (bungkus) didalam perca kain bersih. Kemudian cium berkali-kali secara berterusan atau didihkan dengan api lalu disapukan di kepala.

BATU KARANG
Tumbuk dan campurkan dengan madu lebah kemudian diminum dengan air panas. Ianya akan dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Di samping itu juga, ianya dapat melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu sekiranya diminum berterusan selama beberapa hari.

CACING
Tumbuk dan campurkan dengan air buah peria pahit yang belum kering atau yang masak. Ianya sangat berkesan mengeluarkan cacing-cacing malah ianya dapat menghancurkan cacing-cacing tersebut.

SAKIT GIGI
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka kemudian dimasak. Kemudian berkumur dengan menggunakan air tersebut.

SAKIT MATA
Tumbuk bijinya kemudian campurkan dengan air lalu disapu di atas kelopak mata yang sakit itu. Insya-Allah sakitnya akan sembuh.

PENYAKIT KUNING/SAKIT BIRI-BIRI
Tumbuk tujuh (7) biji Al Habbatul Al Sawda' lalu direndam dalam air susu ibu kemudian disapu pada kulit yang sakit tersebut.

GIGITAN SERANGGA
Bakar bijinya supaya mengeluarkan asap. Kemudian asapkan bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Insya-Allah asap tersebut boleh menawarkan racun atau bisa seperti lebah, lipan, ular, jengking dan lain-lain.

DIGIGIT ANJING
Rendam dalam air sejuk kemudian makan mentah-mentah (kunyah) sehingga lumat lalu ditelan.

KAHAK/LENDIR DI KERONGKONG
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka. Kemudian masakkan bahan tersebut lalu dikumur-kumurkan.

MEMANJANGKAN NAFAS
Tumbuk bijinya dan makan bersama-sama buah kurma. Ianya juga boleh menyembuhkan bisul dan penyakit cacing.

LUMPUH SEBELAH BADAN
Sapukan (urut atau gosok) minyak Al Habbatul Al Sauda' ke atas anggota badan tersebut. Lakukan berulang kali dan Insya-Allah akan disembuhkan-Nya.

JERAWAT
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka makan dan biarkannya semalaman. Kemudian ambil bahan tersebut dan sapukan pada muka. Minyak Al Habbatul Al Sawda' juga sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat malah ianya juga mampu menanggalkan atau menghilangkan tahi lalat.



          Disamping penyakit-penyakit yang disebut seperti di atas, AL HABBATUL AL SAWDA' juga boleh menyembuhkan banyak lagi penyakit-penyakit seperti: MENGELUARKAN ANGIN DARI BADAN, MELAWASKAN BUANG AIR KECIL/BESAR, BUASIR, SIFLIS, SENGGUGUT, MEMPERBETULKAN PEREDARAN DARAH HAID, MENGATASI PENYAKIT PANAS DAN DINGIN, MENGATASI KEMANDULAN, BENGKAK YANG BERLENDIR, MENYEMBUHKAN DEMAM PANAS, MEMBERSIHKAN PERUT BESAR, MERINGANKAN OTOT YANG TEGANG,  BATUK/BATUK KERING (minyaknya amat sesuai digunakan).

          Disamping ianya juga berkesan untuk MELANGSINGKAN BADAN, MENAMBAHKAN SELERA MAKAN, LENGUH-LENGUH SENDI, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, MENGHANCURKAN GAS, MEMBUKA RONGGA YANG TERSUMBAT, MENAMBAHKAN GHAIRAH SEX dan banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh diubati oleh Al Habbatul Al Sawda' sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"kerana sesungguhnya pada-Nya terdapat ubat segala penyakit kecuali MATI"

          Selain itu ia juga sesuai dicampur ke dalam makanan seperti ROTI dan KUIH-MUIH. Ia juga boleh dijadikan ramuan untuk rempah.

PERINGATAN !!
Jangan makan buah tembikai atau apa sahaja makanan yang pantang dengan madu jika sekiranya penyakit tersebut memerlukan supaya ianya dicampurkan dengan madu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan