Isnin, 28 Mei 2012



Kitab ini adalah ILMU peniggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan ILMU Arwah Tok Selehong Kelantan,yang dipelajari dari Sheikh Daud Al-Fatani,yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu,Tuan Guru Haji Mohd Yusuf Cik Wook,Banggol Chica Pasir Mas,Kelantan.Kemudian diturunkan pula kepada anaknya Haji Shaari Haji Mohd Yusuf .


Kitab Tok Kenali ini ,mengajak kita menyeberangi sempadan lautan hairan dan melewati batasan akal.Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa.Menyingkap tabir rahsia ALLAH yang tenggelam dilautan ghaib.


Kitab Ma'rifat adalah pengembaraan ilmu kalam,menuju binasa,fana',baqa',zuk dan pengembaraan kalam menuju ilmu rasa .Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala pencarian.Ilmu rasa adalah ilmu penyuluh kalbu,yang membawa Ma'rifat kepada Allah Taala.


Makrifat adalah Ilmu penyuluh didalam terang,seumpama mata mencari kening,api mencari cahaya,masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang.Sungguhpun tidak hilang,dikejar semakin jauh,dipanggil semakin sayup,digali semakin dalam,dilihat semakin ghaib dan akhirnya lemah akal dari berkata-kata.



Peninggalan Tok' Kenali ini,adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat umur.Ilmu Marifat Tok Kenali adalah ilmu yang tidak perlu kepada Guru,sebenar Guru itu adalah rohani diri sendiri.Segala jawapan kitab ini telah terkandung dengan jelas dan muktamad.




1set :Kitab ''MENGENAL DIRI & ILMU MA'RIFAT''=RM126.00
1kitab:MENGENAL DIRI=RM63.00
1kitab:ILMU MA'RIFAT =RM63.00


-Tidak termasuk kos pengeposan.
-Buat sahabat2 yang berminat boleh lah kunjungi kami di PASAR DATO' KERAMAT KL..

Jumaat, 25 Mei 2012



MELANGKAH  KE  REVOLUSI
AL-QURAN PEN READER


*Sesuai untuk semua peringkat umur dan mudah dibawa kemana-mana
*Dari peringkat pemulaan mengenal huruf
*Penghafal Al-Quran (Hafiz/Hafizah)
*Mereka ingin membaiki bacaan Al-Quran
*Memahami bacaan ayat Al-Quran dengan fungsi terjemahan
*Ideal untuk dijadikan hadiah,hantaran perkahwinan dan lain-lain

AL-QURAN READER M1 

Ciri-ciri-:

*Al-Quran(saiz besar),pen reader (M10),Muqaddam dan doa.
*Buku Hadiis Sahih Al-Bukhari,kamus ringkas perbualan antarabangsa, earphone, USB cable, charger, kad indekdan manual pengunaan.
*Bacaan dari 8 Qari mahsyur dunia.
*6 tahap kelajuan
*Rechargeable (boleh dicas semula untuk kegunaan sehingga 4jam)
*Terjemahan bahasa melayu dan inggeris.
*Teks tajwid berwarna.
*Fungsi mp3 dan boleh merakam suara.
*Speaker “built in” yang jelas dan kuat.
*Memori 4Gb (sokongan kad memori TF sehingga 8Gb)
*Automatik “power-off”jika tidak digunakan selama 2minit.        

Harga-RM350
untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya Diyana Ayuni di talian 012-943 9689
Atau Ruslan 0172948034

AL HABBATUL AL SAUDA’


KHASIAT & PENGGUNAANNYA
(Ringkasan daripada Kitab Al-Habbatul Al-Sawda' menurut Hadith)



SUKATAN
1/2 sudu teh (ditumbuk hancur), dua (2) kali sehari selepas makan

PERINGATAN
ia hendaklah dimakan segera setelah dihancurkan bagi mengelakkan khasiatnya daripada hilang

LELAH & SESAK NAFAS
Sebaik-baiknya dimakan dengan madu lebah (hutan) asli. Bagi pesakit lelah yang agak kronik (series) disyorkan makan tiga (3) kali sehari. Penggunaan minyak Al Habbatul Al-Sawda' adalah lebih berkesan daripada bijinya dan cara menggunakannya ialah dengan meminum 1/2 sudu teh tiga (3) kali sehari serta disapu (urut) dibahagian luar.

PENYAKIT KULIT
Seperti BISUL, KUDIS, BENGKAK, PANAU, KURAP dan lain-lain. Ia hendaklah dicampur dengan cuka makan. Kemudian sapu atau gosok di tempat berkenaan. Kesan pada awalnya agak pedih. Untuk kanak-kanak adalah disyorkan supaya dicampurkan juga dengan minyak zaitun untuk mengelakkan daripada kesan pedih daripada tindakbalas Al Habbatul Al Sawda' dengan cuka makan.

SAKIT KEPALA
Letakkan dalam perca kain bersih lalu diikat di kepala atau direndam dalam cuka makan semalaman. Esoknya digiling lalu diberikan kepada orang yang menderita sakit kepala dengan memasukkan ke dalam hidungnya. Insya-Allah akan sembuh sakit kepalanya disamping menyembuhkan penyakit-penyakit muka.

SELSEMA
Tumbuk dan letakkan (bungkus) didalam perca kain bersih. Kemudian cium berkali-kali secara berterusan atau didihkan dengan api lalu disapukan di kepala.

BATU KARANG
Tumbuk dan campurkan dengan madu lebah kemudian diminum dengan air panas. Ianya akan dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Di samping itu juga, ianya dapat melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu sekiranya diminum berterusan selama beberapa hari.

CACING
Tumbuk dan campurkan dengan air buah peria pahit yang belum kering atau yang masak. Ianya sangat berkesan mengeluarkan cacing-cacing malah ianya dapat menghancurkan cacing-cacing tersebut.

SAKIT GIGI
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka kemudian dimasak. Kemudian berkumur dengan menggunakan air tersebut.

SAKIT MATA
Tumbuk bijinya kemudian campurkan dengan air lalu disapu di atas kelopak mata yang sakit itu. Insya-Allah sakitnya akan sembuh.

PENYAKIT KUNING/SAKIT BIRI-BIRI
Tumbuk tujuh (7) biji Al Habbatul Al Sawda' lalu direndam dalam air susu ibu kemudian disapu pada kulit yang sakit tersebut.

GIGITAN SERANGGA
Bakar bijinya supaya mengeluarkan asap. Kemudian asapkan bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Insya-Allah asap tersebut boleh menawarkan racun atau bisa seperti lebah, lipan, ular, jengking dan lain-lain.

DIGIGIT ANJING
Rendam dalam air sejuk kemudian makan mentah-mentah (kunyah) sehingga lumat lalu ditelan.

KAHAK/LENDIR DI KERONGKONG
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka. Kemudian masakkan bahan tersebut lalu dikumur-kumurkan.

MEMANJANGKAN NAFAS
Tumbuk bijinya dan makan bersama-sama buah kurma. Ianya juga boleh menyembuhkan bisul dan penyakit cacing.

LUMPUH SEBELAH BADAN
Sapukan (urut atau gosok) minyak Al Habbatul Al Sauda' ke atas anggota badan tersebut. Lakukan berulang kali dan Insya-Allah akan disembuhkan-Nya.

JERAWAT
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka makan dan biarkannya semalaman. Kemudian ambil bahan tersebut dan sapukan pada muka. Minyak Al Habbatul Al Sawda' juga sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat malah ianya juga mampu menanggalkan atau menghilangkan tahi lalat.



          Disamping penyakit-penyakit yang disebut seperti di atas, AL HABBATUL AL SAWDA' juga boleh menyembuhkan banyak lagi penyakit-penyakit seperti: MENGELUARKAN ANGIN DARI BADAN, MELAWASKAN BUANG AIR KECIL/BESAR, BUASIR, SIFLIS, SENGGUGUT, MEMPERBETULKAN PEREDARAN DARAH HAID, MENGATASI PENYAKIT PANAS DAN DINGIN, MENGATASI KEMANDULAN, BENGKAK YANG BERLENDIR, MENYEMBUHKAN DEMAM PANAS, MEMBERSIHKAN PERUT BESAR, MERINGANKAN OTOT YANG TEGANG,  BATUK/BATUK KERING (minyaknya amat sesuai digunakan).

          Disamping ianya juga berkesan untuk MELANGSINGKAN BADAN, MENAMBAHKAN SELERA MAKAN, LENGUH-LENGUH SENDI, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, MENGHANCURKAN GAS, MEMBUKA RONGGA YANG TERSUMBAT, MENAMBAHKAN GHAIRAH SEX dan banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh diubati oleh Al Habbatul Al Sawda' sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"kerana sesungguhnya pada-Nya terdapat ubat segala penyakit kecuali MATI"

          Selain itu ia juga sesuai dicampur ke dalam makanan seperti ROTI dan KUIH-MUIH. Ia juga boleh dijadikan ramuan untuk rempah.

PERINGATAN !!
Jangan makan buah tembikai atau apa sahaja makanan yang pantang dengan madu jika sekiranya penyakit tersebut memerlukan supaya ianya dicampurkan dengan madu.



CENDAWAN AJAIB
“YANG HIDUP DI DALAM AIR GULA LAGI BOLEH MEMBIAK. INILAH SEJENIS MAKHLUK GANJIL DIJADIKAN ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT”

1. LELAH
2. DARAH TINGGI
3. SAKIT JANTUNG
4. KENCING MANIS
5. LEMAH TENAGA ZAHIR DAN BATIN
6. KENCING TAK LAWAS
7. SEMBELIT
8. BATUK BERDARAH
9. JENIS BATUK DEMAM PANAS
10. SAKIT BUAH PINGGANG
11. BATU KARANG
12. LENGUH-LENGUH
13. BISA-BISA DALAM TULANG SENDI
14. SAKIT ANGIN DAN URAT
15. SAKIT PERUT
16. PARU-PARU BERAIR
17. GASTRIK
18. SAKIT DADA
19. SAKIT ULU HATI
20. PEREMPUAN LEPAS BERSALIN
21. ULURAN
22. RESDUNG
23. LUKA-LUKA KECIL
24. PENING KEPALA
25. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
26. JERAWAT
27. SAKIT KUNING
28. DAN LAIN-LAIN

CARA MENGGUNAKANNYA:
BACA BISLMILLAH DAN SELAWAT 3 KALI KEMUDIAN NIAT. MINTA ALLAH SEMBUHKAN KERANA INI ADALAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT. SEMUA YANG DI ATAS INI TELAH TERBUKTI MELALUI PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH MENGHIDAP PENYAKIT SEPERTI DI ATAS YANG MANA SAKITNYA TELAH PUN BERKURANGAN DAN KEMBALI SIHAT WALAFIAT.

SAYA JUGA MEMOHON KEPADA PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH MENCUBA UBAT INI DAN TELAH PULIH PENYAKITNYA SUPAYA MENGHUBUNGI SAYA BAGI TUJUAN MENGUMPULKAN FAKTA-FAKTA PESAKIT DAN KHASIAT UBAT INI.

CARA BANCUHAN:
7 GELAS AIR SEJUK DAN 7 SUDU GULA KEMUDIAN KACAU SEHINGGA MANIS DAN TAPAKAN 6-7 HARI.

ATURAN / CARA MINUM:
SEHARI 2 / 3 KALI (PAGI, TGHARI DAN MALAM) MINUM.

PERINGATAN:
BOLEH MENGAMBIL ANAKNYA PADA MALAM BULAN PENUH (PURNAMA), JANGAN GUNAKAN AIR YANG PANAS, JANGAN DIMASUKI NAJIS-NAJIS, JANGAN DISENTUH TANPA BERSUCI (HADAS BESAR). SESUAI DIAMALKAN BAGI PASANGAN YANG MENGALAMI KESUKARAN MENDAPATKAN ZURIAT, INSYA-ALLAH MUJARRAB.


SELAMAT MENCUBA !! DAN INSYA-ALLAH TAHU KHASIATNYA..