Sabtu, 14 Julai 2012



Sibukkah Kita???
Sangat sibukkah kita sehingga tidak mampu untuk solat dimasjid?
Sangat sibukkah kita sehingga tidak mampu menghadiri kuliah Agama?
Sanagt sibukkah kita???
Bila masa kita x sibuk?



Isnin, 25 Jun 2012


Ape? KAWEN??? Nak kawen camne?duit xde,umah sewe sape nak bayar?sape nak tanggung makan minum istri?blaja pun xhabis lagi...xyah laa,bek couple je dlu..............


#_#-couple menjadi budaya remaja2 sekarang…duhai remaja…jgn kau campakkan dirimu ke lembah kebinasaan,fikirkan agamamu,ibu bapa mu,masa depanmu,sanggupkah semua itu hancur dek cinta yg salah jalannya…nak becinta x salah…asalkan kita pandai membuat keputusan,kene ada matlamat y pasti,klu msih belajar,Nikah Khitbah…ape nikah khitbah??jom kita kupas …….^_^

(Dating Kat Titiwangsa lepas Kawen)


#_#-Nikah Khitbah @ Nikah Gantung dimana pasangan pengantin x duduk serumah dalam suatu tempoh yg ditetapkan hasil persutujuan kedua belah pihak..tanggungjawab suami pada istri juga direngankan dan dilepaskan..
Majlis walimatul urus dijalankan kemudian hari,tetapi rukun Nikah tetap (wajib) berjalan seperti biase,xsalah klu kedua belah pihak nak bg hadiah sesame sendri,asal pengantin tidak rase terbeban,krn pengntin tidak bekerja dan masih blaja..tidak perlu hantaran berdulang2,cukup dgn senaskah Al-Quran dan seperangkap alat solat sebagai syarat,dan hadiah bg pihak kluarga berdekatan sbgai tanda syukur,klu xde pun x mengape,sbb biasenye kenduri kendara akan diadakan selepas pengantin tamat blaja,,dah habis blaja,dah keje baru lah fikir sal nak besanding,nak heboh kat 1kampung nak wat kenduri,nak fikir nak tggung anak org,nak beli rumah,kereta n sebagainye…


Sebab2 Nikah gantung..
~pasangan masih lagi belajar
~pasangan masih belum sedia memberi komitmen

Tujuan Nikah Gantung
~mengelakkan meksiat berterusan
Bila dah kawen(Nikah khitbah)…sume benda bleh buat..dating..bergayut malam2 kat fon,bermesra,bertemu..sbb semua dah halal dgn akad Nikah^_^

Macam kami=P

(kami pun GENG2 Nikah Gantung)
Jom jauhi MAKSIAT perangi Zina *_*!!!







Isnin, 18 Jun 2012



Serbuk Sauda’
Sebelum dijadikan kapsul




Kapsul Sauda’
Buat sendiri ni  tau^_^






HAMADA
Date Venigar
Pati Kurma asli dari syiria


HAMADA
Apple Venigar
Pati Apple asli dari syiria




Apple Vinegar
Cuka Apple



Made in Jordan and Syria






Isnin, 11 Jun 2012







 “Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.”
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Selasa, 5 Jun 2012


Keris
Terdapat pelbagai jenis keris yang bibawa dari batu pahat,Johor. 



Keris-keris ini dari jenis yang berbeza,ada yang dari Indonesia,india,dan dari Negara kita juga Malaysia.pelbagai jenis,bentuk dan saiz… Mari ke kedai kami untuk melihat koleksi keris dengan lebih dekat lagi=)



Batu cincin Asli
Batu cincin Asli,didalam gambar y dipaparkan ini adalah diantara koleksi dikedai kami.


Bukan sahaja Batu malah ada juga cincin real steel dan perak,dan kami juga mengambil tempahan untuk cincin tunang,kahwin juga hadiah.Harga kami sangat berpatutan.

cincin Kawen^_^ untuk tempahan cincin kawin/tunang,kami menawarkan harga yang sangat istimewa... jumpa dikedai nanti=)

GELANG BATU ASLI

Pelbagai jenis gelang yang diperbuat dari batu Asli,seperti didalam gambar,harga yang sangat berpatutan dari RM35 hingga RM65.

Beg Tangan wanita

Beg ini diperbuat daripada daun Mengkuang,dikait mengunakan tangan, seni kretiv tangan mereka terserlah dan dapat dilihat melalui beg ini,terdapat pelbagai corak,bentuk dan warna.Harga sangat berpatutan,Jom ke kedai…^_^


Harga Rm35


Pedang Samurai (Kecil)
Pedang Samurai bersaiz agak kecil sedikit,juga terdapat ukiran Kalimah SYAHADAH dan doa semangat.

RM400

Isnin, 4 Jun 2012


Pedang Samurai
Pedang Samurai ini datang nya dari Batu Pahat,Johor.
Pedang ini terdapat ukiran kalimah2 semangat seperti ayat suci Al-quran serta doa2 dan ukiran nama Sahabat r.a,seperti Abu bakar,Umar,Uthman dan Ali.


tulisan ini diukir dengan tangan dan ianya sangat kemas.


Dihujung sarung pedang ini terdapat 1lagi senjata yang agak tajam seperti dalam gambar.




Pada suatu masa nanti kita tidak lagi mengunakan alat canggih seperti pistol,senapang,kereta kebal dan sebagainya…
Kita kembali seperti zaman Nabi,berperang menggunakan Pedang,keris dan menunggang kuda,jadi marilah kita persiapkannya sekarang,bak kata pepatah”Sediakan payung sebelum hujan”.


Pedang ini juga boleh dijadikan perhiasan didinding rumah,pejabat atau dimana2  saja.. 
Harganya amat berpatutan,jika berminat silalah kunjungi kedai kami di Pasar Dato Keramat,bersebelahan Kedai makan nasi kandar Suberi kari kepala ikan..Harga boleh dirunding.

                RM550              

Isnin, 28 Mei 2012



Kitab ini adalah ILMU peniggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan ILMU Arwah Tok Selehong Kelantan,yang dipelajari dari Sheikh Daud Al-Fatani,yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu,Tuan Guru Haji Mohd Yusuf Cik Wook,Banggol Chica Pasir Mas,Kelantan.Kemudian diturunkan pula kepada anaknya Haji Shaari Haji Mohd Yusuf .


Kitab Tok Kenali ini ,mengajak kita menyeberangi sempadan lautan hairan dan melewati batasan akal.Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa.Menyingkap tabir rahsia ALLAH yang tenggelam dilautan ghaib.


Kitab Ma'rifat adalah pengembaraan ilmu kalam,menuju binasa,fana',baqa',zuk dan pengembaraan kalam menuju ilmu rasa .Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala pencarian.Ilmu rasa adalah ilmu penyuluh kalbu,yang membawa Ma'rifat kepada Allah Taala.


Makrifat adalah Ilmu penyuluh didalam terang,seumpama mata mencari kening,api mencari cahaya,masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang.Sungguhpun tidak hilang,dikejar semakin jauh,dipanggil semakin sayup,digali semakin dalam,dilihat semakin ghaib dan akhirnya lemah akal dari berkata-kata.



Peninggalan Tok' Kenali ini,adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat umur.Ilmu Marifat Tok Kenali adalah ilmu yang tidak perlu kepada Guru,sebenar Guru itu adalah rohani diri sendiri.Segala jawapan kitab ini telah terkandung dengan jelas dan muktamad.




1set :Kitab ''MENGENAL DIRI & ILMU MA'RIFAT''=RM126.00
1kitab:MENGENAL DIRI=RM63.00
1kitab:ILMU MA'RIFAT =RM63.00


-Tidak termasuk kos pengeposan.
-Buat sahabat2 yang berminat boleh lah kunjungi kami di PASAR DATO' KERAMAT KL..

Jumaat, 25 Mei 2012



MELANGKAH  KE  REVOLUSI
AL-QURAN PEN READER


*Sesuai untuk semua peringkat umur dan mudah dibawa kemana-mana
*Dari peringkat pemulaan mengenal huruf
*Penghafal Al-Quran (Hafiz/Hafizah)
*Mereka ingin membaiki bacaan Al-Quran
*Memahami bacaan ayat Al-Quran dengan fungsi terjemahan
*Ideal untuk dijadikan hadiah,hantaran perkahwinan dan lain-lain

AL-QURAN READER M1 

Ciri-ciri-:

*Al-Quran(saiz besar),pen reader (M10),Muqaddam dan doa.
*Buku Hadiis Sahih Al-Bukhari,kamus ringkas perbualan antarabangsa, earphone, USB cable, charger, kad indekdan manual pengunaan.
*Bacaan dari 8 Qari mahsyur dunia.
*6 tahap kelajuan
*Rechargeable (boleh dicas semula untuk kegunaan sehingga 4jam)
*Terjemahan bahasa melayu dan inggeris.
*Teks tajwid berwarna.
*Fungsi mp3 dan boleh merakam suara.
*Speaker “built in” yang jelas dan kuat.
*Memori 4Gb (sokongan kad memori TF sehingga 8Gb)
*Automatik “power-off”jika tidak digunakan selama 2minit.        

Harga-RM350
untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya Diyana Ayuni di talian 012-943 9689
Atau Ruslan 0172948034

AL HABBATUL AL SAUDA’


KHASIAT & PENGGUNAANNYA
(Ringkasan daripada Kitab Al-Habbatul Al-Sawda' menurut Hadith)



SUKATAN
1/2 sudu teh (ditumbuk hancur), dua (2) kali sehari selepas makan

PERINGATAN
ia hendaklah dimakan segera setelah dihancurkan bagi mengelakkan khasiatnya daripada hilang

LELAH & SESAK NAFAS
Sebaik-baiknya dimakan dengan madu lebah (hutan) asli. Bagi pesakit lelah yang agak kronik (series) disyorkan makan tiga (3) kali sehari. Penggunaan minyak Al Habbatul Al-Sawda' adalah lebih berkesan daripada bijinya dan cara menggunakannya ialah dengan meminum 1/2 sudu teh tiga (3) kali sehari serta disapu (urut) dibahagian luar.

PENYAKIT KULIT
Seperti BISUL, KUDIS, BENGKAK, PANAU, KURAP dan lain-lain. Ia hendaklah dicampur dengan cuka makan. Kemudian sapu atau gosok di tempat berkenaan. Kesan pada awalnya agak pedih. Untuk kanak-kanak adalah disyorkan supaya dicampurkan juga dengan minyak zaitun untuk mengelakkan daripada kesan pedih daripada tindakbalas Al Habbatul Al Sawda' dengan cuka makan.

SAKIT KEPALA
Letakkan dalam perca kain bersih lalu diikat di kepala atau direndam dalam cuka makan semalaman. Esoknya digiling lalu diberikan kepada orang yang menderita sakit kepala dengan memasukkan ke dalam hidungnya. Insya-Allah akan sembuh sakit kepalanya disamping menyembuhkan penyakit-penyakit muka.

SELSEMA
Tumbuk dan letakkan (bungkus) didalam perca kain bersih. Kemudian cium berkali-kali secara berterusan atau didihkan dengan api lalu disapukan di kepala.

BATU KARANG
Tumbuk dan campurkan dengan madu lebah kemudian diminum dengan air panas. Ianya akan dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Di samping itu juga, ianya dapat melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu sekiranya diminum berterusan selama beberapa hari.

CACING
Tumbuk dan campurkan dengan air buah peria pahit yang belum kering atau yang masak. Ianya sangat berkesan mengeluarkan cacing-cacing malah ianya dapat menghancurkan cacing-cacing tersebut.

SAKIT GIGI
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka kemudian dimasak. Kemudian berkumur dengan menggunakan air tersebut.

SAKIT MATA
Tumbuk bijinya kemudian campurkan dengan air lalu disapu di atas kelopak mata yang sakit itu. Insya-Allah sakitnya akan sembuh.

PENYAKIT KUNING/SAKIT BIRI-BIRI
Tumbuk tujuh (7) biji Al Habbatul Al Sawda' lalu direndam dalam air susu ibu kemudian disapu pada kulit yang sakit tersebut.

GIGITAN SERANGGA
Bakar bijinya supaya mengeluarkan asap. Kemudian asapkan bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Insya-Allah asap tersebut boleh menawarkan racun atau bisa seperti lebah, lipan, ular, jengking dan lain-lain.

DIGIGIT ANJING
Rendam dalam air sejuk kemudian makan mentah-mentah (kunyah) sehingga lumat lalu ditelan.

KAHAK/LENDIR DI KERONGKONG
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka. Kemudian masakkan bahan tersebut lalu dikumur-kumurkan.

MEMANJANGKAN NAFAS
Tumbuk bijinya dan makan bersama-sama buah kurma. Ianya juga boleh menyembuhkan bisul dan penyakit cacing.

LUMPUH SEBELAH BADAN
Sapukan (urut atau gosok) minyak Al Habbatul Al Sauda' ke atas anggota badan tersebut. Lakukan berulang kali dan Insya-Allah akan disembuhkan-Nya.

JERAWAT
Tumbuk bijinya dan campurkan dengan cuka makan dan biarkannya semalaman. Kemudian ambil bahan tersebut dan sapukan pada muka. Minyak Al Habbatul Al Sawda' juga sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat malah ianya juga mampu menanggalkan atau menghilangkan tahi lalat.



          Disamping penyakit-penyakit yang disebut seperti di atas, AL HABBATUL AL SAWDA' juga boleh menyembuhkan banyak lagi penyakit-penyakit seperti: MENGELUARKAN ANGIN DARI BADAN, MELAWASKAN BUANG AIR KECIL/BESAR, BUASIR, SIFLIS, SENGGUGUT, MEMPERBETULKAN PEREDARAN DARAH HAID, MENGATASI PENYAKIT PANAS DAN DINGIN, MENGATASI KEMANDULAN, BENGKAK YANG BERLENDIR, MENYEMBUHKAN DEMAM PANAS, MEMBERSIHKAN PERUT BESAR, MERINGANKAN OTOT YANG TEGANG,  BATUK/BATUK KERING (minyaknya amat sesuai digunakan).

          Disamping ianya juga berkesan untuk MELANGSINGKAN BADAN, MENAMBAHKAN SELERA MAKAN, LENGUH-LENGUH SENDI, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, MENGHANCURKAN GAS, MEMBUKA RONGGA YANG TERSUMBAT, MENAMBAHKAN GHAIRAH SEX dan banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh diubati oleh Al Habbatul Al Sawda' sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"kerana sesungguhnya pada-Nya terdapat ubat segala penyakit kecuali MATI"

          Selain itu ia juga sesuai dicampur ke dalam makanan seperti ROTI dan KUIH-MUIH. Ia juga boleh dijadikan ramuan untuk rempah.

PERINGATAN !!
Jangan makan buah tembikai atau apa sahaja makanan yang pantang dengan madu jika sekiranya penyakit tersebut memerlukan supaya ianya dicampurkan dengan madu.



CENDAWAN AJAIB
“YANG HIDUP DI DALAM AIR GULA LAGI BOLEH MEMBIAK. INILAH SEJENIS MAKHLUK GANJIL DIJADIKAN ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT”

1. LELAH
2. DARAH TINGGI
3. SAKIT JANTUNG
4. KENCING MANIS
5. LEMAH TENAGA ZAHIR DAN BATIN
6. KENCING TAK LAWAS
7. SEMBELIT
8. BATUK BERDARAH
9. JENIS BATUK DEMAM PANAS
10. SAKIT BUAH PINGGANG
11. BATU KARANG
12. LENGUH-LENGUH
13. BISA-BISA DALAM TULANG SENDI
14. SAKIT ANGIN DAN URAT
15. SAKIT PERUT
16. PARU-PARU BERAIR
17. GASTRIK
18. SAKIT DADA
19. SAKIT ULU HATI
20. PEREMPUAN LEPAS BERSALIN
21. ULURAN
22. RESDUNG
23. LUKA-LUKA KECIL
24. PENING KEPALA
25. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
26. JERAWAT
27. SAKIT KUNING
28. DAN LAIN-LAIN

CARA MENGGUNAKANNYA:
BACA BISLMILLAH DAN SELAWAT 3 KALI KEMUDIAN NIAT. MINTA ALLAH SEMBUHKAN KERANA INI ADALAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT. SEMUA YANG DI ATAS INI TELAH TERBUKTI MELALUI PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH MENGHIDAP PENYAKIT SEPERTI DI ATAS YANG MANA SAKITNYA TELAH PUN BERKURANGAN DAN KEMBALI SIHAT WALAFIAT.

SAYA JUGA MEMOHON KEPADA PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH MENCUBA UBAT INI DAN TELAH PULIH PENYAKITNYA SUPAYA MENGHUBUNGI SAYA BAGI TUJUAN MENGUMPULKAN FAKTA-FAKTA PESAKIT DAN KHASIAT UBAT INI.

CARA BANCUHAN:
7 GELAS AIR SEJUK DAN 7 SUDU GULA KEMUDIAN KACAU SEHINGGA MANIS DAN TAPAKAN 6-7 HARI.

ATURAN / CARA MINUM:
SEHARI 2 / 3 KALI (PAGI, TGHARI DAN MALAM) MINUM.

PERINGATAN:
BOLEH MENGAMBIL ANAKNYA PADA MALAM BULAN PENUH (PURNAMA), JANGAN GUNAKAN AIR YANG PANAS, JANGAN DIMASUKI NAJIS-NAJIS, JANGAN DISENTUH TANPA BERSUCI (HADAS BESAR). SESUAI DIAMALKAN BAGI PASANGAN YANG MENGALAMI KESUKARAN MENDAPATKAN ZURIAT, INSYA-ALLAH MUJARRAB.


SELAMAT MENCUBA !! DAN INSYA-ALLAH TAHU KHASIATNYA..